Monday, March 16, 2009

Review Abg Pasal Movie!

HELLO girls!! awww abg dah lame sgt dah tak update blog abg yg fames sampai ke alaska tengah neh...al maklumlah abg orang berkeluarga..insyallah kalo abg sempat beli minyak lintah kat jawa tengah abang akan kahwin lagi satu..hurmmmmmm suke lah!! ape yg abg nak sampaikan pada entry kali ini adalah tentang movie yang abang tgk dekat wayang bebaru neh...enjoy~muahhh



BIRDMAN ( RACK NIGHT)

haaa ni cite abg tgk dengan anak buah abang bernama Silotoh Mohd Keroih.nama dier pelik skit sebab dier beranak kat tepi jukebox salah satu food court di johor dan ayahnya namakan dier sempena penyanyi rock Motley Crue.cerite BIRDMAN ni xde kene mengena dengan cerita Ringgit Kassorga mahupun Rempit Vs Impak Maksima tetapi lebih kepada cerita superhero yang menetap di brazil.ceritanya bermula dengan seorang nelayan yang pergi tangkap ikan dengan bininya,tetapi bininya di telan hidup2 oleh sesumpah laut yang menyamar menjadi pelampung bercorak kain batik.nelayan tersebut terlalu marah dan mengambil beberapa biji panadol soluble lalu menelan sehingga overdose.akibat dari pebuatan bodoh dier tu,si nelayan tersebut telah bertukar menjadi burung kasawari yang mempunyai muscle 8 kali lagi besar pada Salih Yakob.Dia telah memukul sesumpah tadi sehingga lumat dan terus mengejar sesumpah tadi hingga ke hujung laut.dari situlah cerita ini bermula iaitu bagaimana nelayan itu cube merisik anak lelaki sesumpah tersebut sehinnga dapat.

TRANSCOMMERCE

ni plak cite pasal geng geng robot pondan yang cube menyelamatkan zimbabwe dari jajahan orang kerdil.apa yang abang suke pasal cite ni ialah graphic dier yang ngam.dengar cerite kebanyakan graphic and special effect dalam cite ni dibuat oleh software Notepad dan Paint.Setau abang notepad tu utk kite buat kire2 je.bukan wat effect.tapi lantak lah..
antara babak yang menarik dalam cerite ini ialah robot tersebut terajang perut kiri ketua kampung sehingga muntahkan speaker dan babak menelan berus sabut sambil menghafal sifir.


SIPUT BALL Z

ala ala cerite dragon ball tetapi lebih terjerumus kepada politik jepun dan lebih berkisarkan tentang nenek tua yang ingin menjadi accountant di bank negara.cerita nya bermula apabila 4 orang kanak2 yang mempunyai kuasa mistik.4 orang kanak2 tersebut ialah Sang Gofu , Sang Gofen , Sang Gofan dan Sang Kancil. Antara babak yang saspen ialah kanak2 mistik tersebut cube menyelamatkan diri daripada Raksasa Tulang Belakang yang berimejkan Amitabh Bachan.Antara babak sedih plak,Sang Gofu terpaksa di denda berdiri luar kelas kerana menghempas buku lucah guru Matematiknya.Cerita ini besh kalau anda ade pengalaman makan sambil bogel di perpustakaan.

MINUTEMAN

cerita ni x besh..jangan tgk.cite pasal budak 3 suku yang cube mengorat janda modern.lokasi cerita kebanyakannya di belakang bar gelap.antara adegan saspen ialah cube menternak sotong gula di kandang kambing dan mengejek name ayah Chuck Norris dalam bahasa tagalog.ade juga adegan 18Sx iaitu berkhalwat dengan burung tiong serta menyebarkan gambar bogel ikan flowerhorn kepada pakcik pakcik masjid.uishh x besh la cite neh..ganas sangat..


tu je la movie yang abg tengok bebaru ni.insyallah kalo ade masa lagi abang akan buat ulasan tentang album yang abg dengar masa lawatan ke gudang panties bebaru ni plak ok? mwahhhh

1 comment:

Farah Helena said...

Bhaha ! sumpah lawak !