Wednesday, December 10, 2008

SEKOLAH PANCING UTARA IN REPORT!

awwwwwwwwwwwww sori sori...abg dah lame x hapdett blog abg ni..abg bz laaa....abg masuk kelas memasak di bawah anjuran Malik Noor dan kelas memancing bawah-18 dun Kedah di Borneo Sabah.adoii bz kan abang??
last activity abang bebaru ni ialah lawatan sambil membunuh di Sekolah Pancing Utara,Kuantan di mana abang akan bermalam di situ selama 3 hari ditemani 3 ekor biawak paya berpakaian tuxedo merah.tugas abg senang ajer,membuat kajian tentang murid-murid,guru-guru dan aktiviti dowang di sekolah ini.enjoy ya..!awwwwww

MURID-MURID
haaaa abg tgk murid di sekolah ini pelik cara pemakaian nye berbanding skolah lain.antara pakaian semasa di dalam kelas ialah meletakkan tudung saji di atas kepala dan berbaju ala ala tradisional masyarakat Bajau.seluar plak ialah seluar trek sudah dikerat menjadi seluar pendek.kasut plak boot bola nike predator tahun 98 bersama reben merah diikat melintang.pelik kan?cam orang bodoh abg tgk..tapi mmg seme bodoh...soalan matematik darjah satu pun sesekor fail nak jawab...

tapi ape yg abg lagi pelik,di sini dia x panggil murid-murid utk pelajar skolah,tetapi MURAD-MURAD.abg pun x tau kenaper..tapi dengar cerite guru besarnya bernama Abdul Murad bin Makalele.

PERSATUAN & KELAB
tak banyak sgt persatuan dan kelab di sini.tapi ape yg menarik minat abg ialah Persatuan Pengakap diorang.antara aktiviti yg dilakukan pada petang sabtu ialah menjerit nama ayah masing-masing di depan tandas sekolah dan menyepak perut kerbau jantan yang sedang beranak.nampak enjoy..abg pun join lah...tetapi di pukul oleh skuad leader nye dengan lampu pendaflour sampai usus kiri abang berhenti berfungsi selama 3 minit berturut2.

KANTIN SEKOLAH
kantin sekolahnya terlekat 5 kilometer dari sekolah ini sendiri.abg pun x tau knape jauh sgt dier letak kantin tapi dengar cerite pekebun skolah ini yang bermain Nurul Ain,dowang nak bagi pelajar skolah ni mati kehausan akibat berjalan ke kantin tu.kire bleh kurangkan pelajar lah.antara makanan yg disediakan di kantin tu ialah Ikan Sepat masak tong gas,sayur kailan berempahkan pintu tiara dan special menu iaitu motherboard pentium 4 masak lemak ketam.

GURU-GURU
guru di sini sombong!!awww abg x suke...kebanyakan guru di sini adalah lelaki.selalunya pemakaian nye di skolah adalah sgt seksi iaitu baju batik ketat sambil butang terbukak dan ternampak bulu dada dan lurah dada.perut pulak mesti boroi.kebanyakan guru di sini ader tatu Prison Break dan tatu bertulis "i hate jennifer lopez on the block".

sampai sini sajalah report abang..di bawah ni abg akan tunjukkan gambar yang abg ambil semasa kelas music dijalankan di sekolah ini *pekebun sekolah cube mengajar pelajar istimewa bagaimana untuk meniup tamborin*