Sunday, November 16, 2008

MOVIE DAN ULASAN ABANG

OK anak anak ikan abang semua...kali ini abang akan membuat ulasan pasal movie yang abang tgk bebaru ni di pawagam tanjung malim.abang pergi ngan membe abg yang berbangsa Cina Turkey.setelah dia belanja abang makan nasi kumbang berlaukkan pintu kereta terus dier ajak abang tgk wayang(memandangkan tv rumah dier baru je lepas masuk mangkuk tandas).so enjoy!mwahhhh!

Movie ini bertajuk SHANMUNGAM atau dalam bahasa itali nya bermaksud "sepak kepala coach" atau dalam bahasa jin jawa bermaksud "pulangkan hi-fi stereo aku".cerita ini dibuat sekitar tahun 1998 dimana pengarahnya yang bernama Bob Karley sedang makan dan tertengok 3 ekor mentibang laut bermain futsal.dari situ lah tercetus nya idea utk membuat cerita SHANMUNGAM ni.

SIPNOSIS
cerita ini mengisahkan tentang 4 orang anak dara yang ingin cube pergi ke club terkemuka di London.setelah sampai di club itu 4 orang anak dara itu cube membuat shuffle sambil mengoyakkan Sari dan melaungkan "saya suke pie nenas" secara membabi buta.akibat dari perbuatan itu,4 orang anak dara itu telah ditangkap oleh FRU dan dihukum penjara selama 4 bulan di bawah akta "cube membuat onar di depan mat rempit".di situlah cerite yg penuh dengan tragis dan romantik ini bermula.antara bab bab ganas dan saspen dalam cerita ini ialah dimana anak2 dara itu cube membuat gaya burung tiung tetapi terkantoi ngan warden penjara.ade jgak bab x senonoh seperti membuat catwalk di bilik gantung.bab romantik plak ialah anak dara tersebut cube mengorat Achik Spin sambil memakai spender ninja turtle. pada pengakhiran cerita , anak dara itu dilepaskan dari penjara dan bekerja di salah sebuah kedai bundle.akhirnya dibuang kerja kerana cube berlakon menjadi kuih donut berperisa madu.

di sini,abg akan coretkan interview bersama pengarah movie ini iaitu Bob Karley.

hi bob,ceritakan tentang diri anda?
nama saya Bob Karley.Bob Marley yang tiru saya.secara peribadi,saya lebih suke Jason Mraz dan jennifer lopez dalam bidang musical.saya dilahirkan di pantai balok dan dibesarkan di kolam ikan air tawar bersama ikan talapia dan ikan sumpit.di situlah saya belajar bagaimana menjadi ikan yang cool serta memakan umpan panching secara senyap2.antara watak kegemaran saya ialah ikan Nemo.

bagaimana bob tercetus idea utk membuat movie yang cam sampah neh?
owhh idea tu tercetus selepas saya menonton cerite "effeil im in love" di rumah salah seorang pelacur terkenal di kampung saya.setelah pelacur itu cube melakonkan watak osman kering melawan buaya terus saya terpikir utk membuat cerita ini

bob ade awek tak?hik hik hik
ade...saya ade 3 awek.sorang bekerja di kilang membuat bas sekolah.sorang lagi ialah seekor kuda laut berbangsa itali dan sorang lagi plak ialah seorang pemandu lori bernama Ismail.

ape kah band kegemaran Bob?
secara terus terang,saya tidak suke langsung band band di Malaysia ni.semua sampah.tapi band yang paling saya minat ialah XPDC dan Viper.saya pernah bermain bass utk band metal saya sendiri yang bernama PERUT tetapi direjek sbab saya selalu mendengar lagu christina aguilera.saya juga suke kenny G

ok lah bob.sampai di sini saja interview saya.any last word?
Be youserself...gud luck in ur PMR.

DI SINI ABG AKAN TUNJUKKAN GAMBA BOB KARLEY,PENGARAH MOVIE INI
*bob karley berkata " saya tidak suke bob marley"*

No comments: